Friday, January 8, 2010

Aku Yang Tiga....~

Aku Yang Tiga berkongsi satu jasad.
Si Tenang, Si Fragil dan Si Sentap.
Tiga menjadi satu. Aku boleh gila bukan.

Aku memang gila.
Gila kerana punyai tiga identiti.
Perlu 3 untuk menjadi aku.

Aku sangat terasa di hati kala ini. Tanpa sebab.
Lantas menimbul kemarahan Si Fragil.
Melepaskan amarah tanpa sebab di dunia maya.
Terus, dunia maya itu menjadi sangat panas.
Panas hingga merobek hati si dia yang terasa tanpa punca.

Si Fragil sudah memohon untuk dimaafkan... masih tiada balasan.

Aku begini.. kerana ada antara 3 identiti ini berasa sesuatu.
Hati berdetik akan sesuatu.
Sesuatu yang 1 jasad itu tidak tahu.

Hati aku masih berdetik tanpa sebab. Aku masih menanti punca... .
Aku sedang menanti akibat...~

1 comments:

messy me said...

hmm
maaf itu perlu dear
agak over hari tu
sori.

Post a Comment