Thursday, January 28, 2010

Isi Hati Ini...~

Dalam lamunan aku kegersangan; gersang di dunia aku

Tanpa aku menangis, kau dengar jua tangisan aku
Dalam aku ketawa, kau sekadar tersenyum kerna kau tahu aku berpura.

Isi hati aku, kenapa engkau yang mengerti
Kenapa bukan dia yang mengerti.
Dia lebih layak untuk ku,
Dia cinta ku.
Kau siapa?

Sekadar teman omongan yang biasa.
Teman untuk berteman semasa tiada.
Tetapi kenapa engkau yang mengerti aku; isi hati aku.

Kau buat aku keliru,
Kau buat hatiku keliru.

Cintaku dan engkau, engkau dan cintaku.

Usah buat aku begini.
Usah sakiti hati ini.
Pergilah engkau, tinggalkan jasad ini.
Tapi jangan ditinggal hati ini.

Wednesday, January 27, 2010

Tanpa Ceritera 5...~

Gadis....~
Sana-sini gadis itu berada,
Putung rokok menyala merah silih-ganti.
Hati menangis.

Gadis ini...~
Terus menyeka sisa jernih di mata; meraung.

Dia...~
Bergelut dengan propaganda cinta.
Cinta berpisah; putus ikatan sah,
Gadis ini tergolong sama,
Terkait 5 jasad dan Gadis paling terseksa.

Dia, Si Gadis harus memilih...
Dia atau dirinya,
Dia atau sempadan dunia,
Dia atau batasan dunia,
Dia atau nikmat dunia,
Dia atau dunia kita.

Aku turut terlempias,
Terhambur sedikit peritnya,
Tersimbah sedikit sesaknya.

Indah...~

Indah bukan...?
Cinta itu Indah...~

Andai aku miliki cinta, biarkan cintamu menjadi milikku.
Andai aku miliki kau, serahkanlah hati mu padaku.

Cintaku bukan sekadar omongan.
Cintaku bukana sekadar coretan.

Cintaku adalah benar.

Hakikat ini, aku tidaklah sempurna; namun aku tetap sayang engkau
Coretan ini tidaklah indah; tidak seindah hatiku saat dengan mu
Lagu itu tidaklah enak; enak lagi suapanmu

Mi Amor...
Aku ingin kau tahu, aku ingin kau kenali aku.
Fahamilah aku. Terimalah aku.

Aku... Aku .... Aku.... aku....

Aku disini...., cuba ingati segala keindahan, buang segala kekusutan.

Aku menanti keindahan darimu. Aku menanti sinar darimu.

Tuesday, January 26, 2010

Gadis~

Gadis~
Kita sudah bersama bukan; walau tidak secara dakwat basa
Kita sudah berdua bukan; pastinya dlm dunia kita

Di kala kau megadu akan diri mu: yakni mereka yg tua

Aku bantu;
aku kongsi segala rasa aku

Memang kita jauh; tapi akan slalu ada untuk mu~

Sunday, January 17, 2010

Ibu...~

Kali ini, aku ingin berkongsi kisah cintaku,
Kisah cinta aku pada Ibu,
Ibu aku sendiri.
Ya..., dialah cinta pertama aku.

Ibu aku,
Andai mereka kata aku ini baik,
Engkau lagi baik dari aku.

Ibu,
Andai mereka kata aku ini cantik,
Kecantikanmu tiada mampu aku tandingi.

Ibu, ku pingin sekali memanggilmu kala ini.
Kau tahu yang aku rindu sama kau.
Aku tahu salah aku, aku tahu aku kecewakan kau.

Aku tahu ini semua salah aku.

Terlalu menurut kepala aku,
Terlalu menurut hati aku,
Terlalu menurut buak nafsuku.

Tapi ibu, inilah aku,
Anakmu yang kau maki dulu.
Yang kau maki dalam tangismu, dalam sakitmu.
Percayalah ibu, aku ini lagi sakit mendengar kau menangis.

Aku turut menangis... hati ku turut menangis.

Cinta Hati...~

Kala dunia menangis, aku meratap.
Tiap kali aku meratap, bibir menguntum senyum.

Aku mula keluar dari duniaku,
Aku melangkah perlahan,
Namun aku tetap aku; Si Fragil.

Chica tersenyum riang,
Dunia hati turut berpesta.

Chica dan cintanya,
Disaksikan dunia,
Semua gembira.

Hidup dan matinya Chica adalah kerna cintanya,
Cinta itu nafasku,
Nafasmu adalah mutlakku.

Cinta...~

Dalam tiap hela nafasku,
Dalam tiap degup jantungku,
Hanya ada kamu.

Dalam aliran darah ini,
Dalam fantasi duniawi,
Hakikat di alam fantasi,
Kau dan aku berdiri di sini.

Aku dan aku, kamu dan kamu, Menjadi satu.

Hatiku ini adalah milikmu,
Cintaku ini adalah nafasmu.

Sayang, ku titip rinduku,
Ku kirim kasihku, untukmu...

Terimalah cintaku ini untuk bersatu dengan cintamu.

Tuesday, January 12, 2010

Chica 1...~

Dalam kehampaan Chica berjalan;
Segala sakit, pedih dan lelah telah ditempuh,
Segala macam ragam telah terlempias.

Chica masih di atas kakinya,
Berpijak dengan nyata.
terawang dalam sedar.

Hatinya masih belum terubat.
Kerna terlalu mengagungkan cintanya,
Chica hampir lumpuh.

Jiwanya masih merintih sedikit,
Walaupun tidak kuat,
Chica masih menangis dekat.

Chica terlalu mengagungkan cintanya.
Keagungan cinta telah meragut dia.

Monday, January 11, 2010

Satu Yang Pergi Dan Sentiasa Kembali...~

Chica termangu di hadapan skrin putih itu...
Bait kata-katanya terhenti tanpa sebab...
Chica hilang dalam dunianya sendiri.

Hilangnya aku dalam duniaku,
Tanpa sebab mencari akibat.

Hilangnya aku dalam duniaku,
Mencari diri yang hilang selalu.

Hilangnya aku dalam duniaku,
Bukannya hilang 'tuk selamanya.

Andai aku hilang dan pergi,
Andai aku hilang dan mati,
Usahlah ditangisi hati,
Usahlah ditangisi pergi.

Chica yang hilang sentiasa berpengganti.
Tanpa lelah menjauh lari,
Tanpa segan mencucuk hati.

Hati Chica adalah hati perawan.
Perawan muda yang membuak membutuhkan cinta.
Cinta yang sering pergi dan membawa pulang cinta yang baru.

Cinta Chica adalah tenang...
Cinta Chica adalah muda.... .
Sentiasa membuak dan sering membuai perasaan.
Alangkah hebatnya mereka yang bercinta dengan Chica.

Chica mengangungkan cintanya.
Cinta Chica melampui segalanya.

Sebab itu Satu Cinta Chica yang pergi,
Banyak lagi Cinta untuk Chica yang datang; Tidak pernah putus.

Friday, January 8, 2010

Aku Yang Tiga....~

Aku Yang Tiga berkongsi satu jasad.
Si Tenang, Si Fragil dan Si Sentap.
Tiga menjadi satu. Aku boleh gila bukan.

Aku memang gila.
Gila kerana punyai tiga identiti.
Perlu 3 untuk menjadi aku.

Aku sangat terasa di hati kala ini. Tanpa sebab.
Lantas menimbul kemarahan Si Fragil.
Melepaskan amarah tanpa sebab di dunia maya.
Terus, dunia maya itu menjadi sangat panas.
Panas hingga merobek hati si dia yang terasa tanpa punca.

Si Fragil sudah memohon untuk dimaafkan... masih tiada balasan.

Aku begini.. kerana ada antara 3 identiti ini berasa sesuatu.
Hati berdetik akan sesuatu.
Sesuatu yang 1 jasad itu tidak tahu.

Hati aku masih berdetik tanpa sebab. Aku masih menanti punca... .
Aku sedang menanti akibat...~

Thursday, January 7, 2010

Kini...~

Tempik-tempik aku berlari menangis,
Tinggi-tinggi aku menjerit jauh.

Aku sedih tiba-tiba.

Perlahan-lahan aku memanggil kau ke sini.
Merayu-rayu aku di kaki mu agar aku di abadaikan.
Terimalah aku, Sayangilah aku, Cintailah aku duhai kekasih duniawi.
Kenangan....

Kekasih duniaku....
Bukan sahaja cinta kau yang ku damba...
Segalanya dari mu ku mau...
Mahu pun jasad matimu ku damba.

Kekasih duniaku,
Bukalah matamu.
Terimalah aku,
Kekasih mu dulu.

Dunia ini... lihatlah~
Kau telah menjadi saksi kisah kami,
Aku dan Kekasih Duniaku,
Kekasih Duniaku dan Cintanya.
Cintanya dan Cintaku.. Yang tewas dalam Dunia mu.

"Aku merayu padanya wahai dunia.... terimalah aku, namum aku kecewa."

 Kekasih duniaku tidak mau aku lagi...
Seperti mana aku tidak mau pada kau dulu wahai Dunia ku..
Adakah ini balasanku saat aku yang minta darimu Dunia ku?
Walaupun segala nista adalah darimu... .

Aku melengung.. mengeluh..
Aku sendiri kini.
Hanya tinggal aku dan kenangan kita.

Kenangan itu cipta tawaku..
Kenangan ini bentuk air mata ku...
Namun kenangan itu juga yang menjadikan aku seperti sekarang.

Terima kasih Dunia Ku,
Terima kasih Kekasih Hatiku,

Wednesday, January 6, 2010

Aku Si Gadis Kerdil...~

Aku ke sana...
Aku ke mari...
Penat melangkah, aku berhenti.

Aku berdiri... dan duduk... berdiri kembali. Mengeluh berat.....

Mata ku tidak berhenti menatap dunia.
Telinga ku tidak henti mendengar cerita kau dan kau dan kau.... .

Aku Si Gadis Kerdil...,
Menjadi semakin kecil dan kerdil tatkala bersama kamu.
Kau buat aku berasa sungguh kecil.

Jurang material kita sangat berbeda.
Kerana material itu, aku menjadi kerdil dengan sendirinya.

Maluku usah kau tanya.
Seganku usah sentuh.

Aku Si Gadis yang Kerdil...
Aku tidak kaya seperti kamu,
Tidak punya sebarang harta yang mampu dibanggakan.

Aku menjadi semakin kerdil dan kerdil...,
Kerna aku tidak kaya, tidak berharta.. tiada wang untuk ku layangkan pada kamu.

Andai segala material ini kau tetap melihat..,
Tinggalkanlah aku..., kerna aku tidak mampu bahagiakan kamu dari segi kebendaan.

Awan Putih Cinta Hati...~

Gadis ini pegun dengan tangan bersilang di kepala;
Mata tidak berkerlip memandang langit.

Hati meresah; Jiwa gundah; Akal melayang;

Gadis ini meghela nafas panjang; Yakni Chica mengeluh.

Bibirnya terkumat-kamit seakan berlagu.
Lagu cintakah? Lagu putus cinta mungkin? Atau lagu-lagu hatinya?

Sekepul awan putih dengan perlahan mengubah bentuknya.
Tiada bentuk kekal di tangkap matanya.
Terdetik pula dihatinya..., tentang awan.

Awan itu putih... umpama bayi yang baru lahir.
Awan itu berubah-ubah... seperti perangai manusia.
Awan itu bisa menjadi putih..., dan bisa menjadi kelam... seperti hati manusia.

Chica bersenandung perlahan... ianya lagu cinta... .
Tetap hatinya tidaklah berbunga cinta. Juga tidaklah kecewa.

Tiba-tiba..., Chica mengaitkan antara awan itu dan cintanya.

Cintaku berlagu awan putih pada mulanya..
Berakhir dengan kelam, lantas hujan....
Aku menangis kerna cintaku pergi.
Aku juga menangis kerna cintaku merayu.
Tidak butuh lagi aku dengan kamu.
Tiada harapan untuk ku beri lagi.

Sayang....,
Cinta kita ibarat awan putih ini.
Lahirnya indah.
Perginya hilang.

Aku masih punya hati untukmu,
Tapi bukan cinta...
Aku masih punya sayang untukmu,
Tapi sebagai teman...

Ku jauhkan diri ini darimu kerna ku takut akan mencintamu lagi,
Ku jauhkan hati ini kerna ku takut akan sayangi mu lagi.

Pergilah sayang.. seperti awan putih ini berlalu.
Berlalu pergi dari mataku dengan pelbagai ragam... sama seperti awan putih ini.

Awan putih cinta hatiku...
Yang hanya sementara di mata, berubah-ubah;
Sama sperti cinta ku.
berubah-ubah;

Awan putih yakni cinta hati ku.
Pergilah engkau..., pergilah.

Tuesday, January 5, 2010

Tanpa Ceritera 4...~

Gadis ini merenung pada gadis itu.
Khusyuk dia merenungnya tanpa kerdipan.
Api rokoknya juga telah padam.

Kecantikkan engkau indah sekali.
Seindah lautan biru di hadapan aku.
Juraian rambutmu membuat aku mengetap bibir.
Lenggokmu membuat aku terbangkit.
Milik siapakah engkau...?

Gadis ini bangkit dari duduknya,
Puntung tanpa api itu dicampak jauh,
Sejauh hatinya ingin pergi.

Gadis dalam renungan masih di sana,
Gembira bersama seorang teman.

Gadis ini mengorak langkah perlahan,
Melewati gadis itu,
Memberi sedikit senyuman dan berlalu pergi.

Hatinya berdegup kencang tatkala mendengar suara itu...,
Merdu... semerdu gadis dalam renungannya.

Gadis ini menggeleng dan terus ke depan.
Hatinya berdetik berbunga.... .

Keindahanmu itu hanya sementara...
Kemerduanmu itu cuma seketika....
Aku tahu, untuk milikimu bukan semudah bicara..
Kau bijak berperanan menewaskan cinta suci.
Aku pergi bersama kepingan hatiku yang mashi tidak berteman.
Akan ku berikan kepingan hati ku ini pada gadis yang benar-benar untukku.

Hati Ini....~

Hati ini hanya separuh.... .
Aku Kehilangan separuh hatiku buat kamu... .
Kamu yang tidak bernama.

Nama kamu tidak ku ketahui.
Kau juga aku tidak mengenali.
Namun, tegar aku untuk bersamamu.

Hati ini berkata, kaulah untukku.
Hati ini melaungkan kata cintaku pada kamu.
Terimalah sayang kerna hakikat kebenaran cintaku hanya hati ini yang mengerti.

Kerna Demi Cinta...~

Sungguh hebat cinta ini.... .
Gadis ini bergumam lama sambil menerawang kepulan asap itu di dadanya.

Kerna demi cinta....
Dia mengeluh....; Nafas dihela panjang...; Mata dipejam erat.

Gadis yang membuatkan dia jatuh cinta untuk pertama kali hampir luput.
Hampir kabur riak mukanya yang bersih dan cantik.

Cinta yang sebelum ini masih berbekas parutnya.

Kerna demi cinta...
Aku belajar tentang arti kehidupan,
Aku belajar tentang dunia,
Aku belajar tentang wanita.

Wanita.., Kerna cinta kau...

Aku masih disini,
Menghabiskan sisa-sisa puntung yang menyala; bau yang semerbak,
Menempelak masa depan yang masih kabur.

Kerna Demi Cinta,
Perjalanan hidupku masih terumbang-ambing,
Masih tiada tujuan walaupun berhala... .
Gilakah aku?

Kerna demi cinta.... aku menjadi aku.
Bukan cinta kepada cinta sahaja merosakkan yakni membahagiakan ku...
Cinta kepada mereka juga mencipta aku di sini.

Untuk Pertama Kali...~

Gadis ini berjalan merapatinya,
Tidak berani bersuara,
Hanya mata yang terpaut.

Gadis ini kaget, Kelat rasanya di kerongkong.
Dia menghulurkan salam... berat dibalas.
Dia membuka bicara... lewat dibantah.

Mereka membisu.... . Lama.

Untuk pertama kali Gadis ini merasa cinta di zaman suntinya.
Cinta sesama cinta tanpa kontra fizikal.

Untuk pertama kali Gadis Ini merasa kecewa kerana cinta.
Untuk pertama kali juga..., Gadis ini belajar tentang sakitnya cinta.

Kaku...~

Di hadapan ku keras sebuah model batu tanpa pakaian.
Tegak tanpa seurat benang.
Apa bezanya dengan aku kala ini.

Atau lebih tepat lagi.., apa bezanya dengan minda aku ini.
Kaku dan buntu.
Keras dan sakit.
Kosong.

Kosong mindaku berarti jiwaku juga kosong.
Tapi aku masih berperasaan.

Aku kaku di depan patung bogel itu.
dan aku masih lengkap dengan pakaianku yang terdedah auratnya.

Apa bezanya aku yang mindanya kosong
dengan patung bogel itu~

Tanpa Ceritera 3...~

Gadis ini mundar-mandir di hadapan Mona Lisa,
Tiba-tiba dia duduk merenung Mona Lisa,
Tiada yang indah... Gumamnya.

Dia mengetuk batang rokok pada telapak kiri, dinyalakan dan dihembus kuat di udara.

Mona Lisa... aku buta tentang seni lukisan... tetapi aku tidak buta tentang seni jiwa
Kau dicipta kerna Cinta dia...
Kau dipuja kerna Cinta kau...

Gadis ini meninggalkan Mona Lisa,
Di capai sekeping kad merah berbentuk hati. Lalu disisipkan pada seorang gadis;
Sempat dia berbisik dan berlalu.

Aku tidak kenal engkau dan kau tidak kenal aku.
Ku hadiahkan kad ini. Ianya kosong seperti kosongnya hatiku.
Ku berikan padamu sebagaimana kusedia memberi hati ini buatmu.

Ianya masih kosong.. ku mau kau corakkan kad itu.. dan coraknya berikanlah pada hatiku.

Tanpa Ceritera 2....~

Gadis ini berteleku memandang mata itu,
Menguis kakinya pada bulu halus kaki si mata galak.

Mereka berbalas senyuman..., menguntum bunga cinta di dalam hati.
Jiwa memberontak ingin mendakap erat,
Ingin bercumbu hebat tanpa sekatan,
Ingin melelahi segala nafsu-nafsi duniawi.

Gadis ini menggosok matanya berkali-kali; mimpi rupanya...

Dia bersandar pada katilnya lalu menerawang segala kepulan di udara,
Mata di pejama erat sambil membayangkan si mata galak.
Hati merindu dalam kesakitan.

Tanpa Ceritera 1...~

Ku laungkan hidupku kuat...
Ku hamparkan ceritera suda duka seantero dunia.

kapan mungkin aku ku rasa begini...,
walaupun dunia kecilku tidak sebesar zarah,
andai masa itu tidak pernah rasa ingin berhenti,
jika aku dan mereka tetap dibuai-terbuai...,
apa guna hidup tanpa ceritera indah dan badai.

Inilah kisah aku..
si gadis tidak bernama...
hanya layak dikenali.. dengan satu sebutan dan sekali nafas...
chica~

Sunday, January 3, 2010

Aku Cinta Kamu...~

Ku mundar-mandir menatap potretmu di dinding hatiku....
Kau lemparkan jutaan senyuman yang nyata buat ku bahagia.
Ku simpulkan ciuman pertama kita dalam jiwaku...
Kau kutip benih cintaku dan kau sanggul pada hatimu.

Kerna aku sayang kamu...,
Kerna kau cinta aku.

Aku berdoa agar cinta ini adalah kekal.
Aku berharap agar kau milikku selamanya.
Terimalah hakikat kesudahan bahagia yang kita idamkan....
Aku Cinta Kamu~

Nota Hati...~

Ku sisipkan nota tu dalam hatiku...
Ku pahatkan cinta mu itu dalam sanubariku... .

Akan ku laungkan nama mu hingga rentung bumi ini.
Akan ku sebarkan benih-benih cinta dari hati.

Ku kucup bibirmu dalam tidurmu.
Ku dakap kamu alam sadarmu.

Hati ini sering berbicara yakni kau untukku.
Hati ini sering berlagu riang bahawa cinta kita adalah satu.