Friday, August 27, 2010

Kerana Aku Manusia Berair Mata...~

Inilah aku,
Marah sedihku bersama air mata.

Kata-kata, hanyalah kata yang sukar aku luah.
Kata-kata marah dan sedih itu,
Tiada yang mengerti.

Apa lagi mahu kau tahu?
Apa lagi mahu kau aku hamburkan?

Cantik dan hodohku,
Baik dan burukku,
Semua ada dalam poketmu.

Apa lagi mau kau aku tunjukkan?
Agar kau mengerti aku.

Wednesday, August 11, 2010

Rakus Jiwa Mentaliti...~

Saat gadis ini harungi dunia,
Tanpa dia sedari,
Onak duri itu adalah sekarnya.

Dia tidak kuat,
Tidak sekuat dulu.

Dia tidak utuh,
Tidak seutuh dulu.

Gadis ini mahu menagis,
Mahu terluah segala yg memberat dalam hati.

Aku buntu dalam perjalanan hidup aku.
Banyak benda difikir dan harus difikir.
Berat-berat segalanya.
Lenguh melapah semuanya.