Wednesday, March 17, 2010

Tanpa Ceritera 6...~

Cinta itu roda.
Laju benar putarannya.

Cinta itu paksi.
Utuh benar pacaknya.

Cinta itu kami.
Hingga hilang kami dalamnya.

Cinta aku dan gadis,
Tamat sudah.

Cinta aku dan sayang aku,
Pada Gadis,
Tidak akan ada tamatnya.

Tanpa ceritera yang hakikatnya berjela,
Sentiasa tentang gadis.
Tiada gadis ini, pasti ada gadis yang lain.

Tanpa ceritera yang hakikatnya berjela,
Tidak akan sudah andai gadis masih ada.

Tanpa ceritera yang hakikatnya berjela,
Gadis tanpa nama telah pergi.

Tanpa ceritera yang hakikatnya berjela,
Meneruskan omongan dengan gadis yang ada.

Inilah tanpa ceritera,
Tidak bertajuk tapi kisah berjela,
Tidak bercerita tapi panjang omongnya,
Tidak berwatak tapi ramai karakternya.

Tanpa ceritera yang hakikatnya berjela,
Inilah tanpa ceritera,
Itulah dunianya,
Disinilah kisahnya,
Disanalah paksinya.

Bertunjang tiga jiwa dengan satu jasad.

Cinta Pergi...~

Betapa aku melaung aku cintakan kau;
Rasa sakit bila kau pergi tanpa aku.

Betapa aku menangis tanpa kau;
Yang pergi tanpa aku.

Betapa aku kacau tanpa melihat kau;
Meninggalkan kita yang aku merasa kesan itu.

Sakit dan sedih aku, hanya aku yang tahu.
Hati aku melalak, hanya aku yang mengerti.
Jiwa aku memberontak, hanya aku yang sedar.

Betapa aku kecewa,
Betapa aku menangis,
Betapa aku meratapi cinta aku pergi.

Chica menangis dalam diam.
Pada siapa lagi harus aku luahkan?
Mampukah mereka mengerti?
Sakit aku?
Sedih aku?
Ohh bulan dan bintang.... dakaplah aku!
Ciumlah dahiku wahai bulan!
Kucuplah ubunku wahai bintang!
Betapa aku tangisi cinta aku pergi!

Tangisan ini akan tiada tamatnya.
Bukan saat ini.
Bukan hari ini.

Cinta aku telah tiada.
Aku kosong tiba-tiba.
Menerobos kehidupan tanpa cinta, mampukah Chica?

Chica dan cinta adalah satu,
Hidup mati Chica dari cintanya.
Cintanya itu telah pergi.
Mampukah Chica untuk berdiri.

Mampukah aku untuk berdiri?
Mampukah aku untuk bersuara?
Mampukah aku untuk ketawa?

Aku berpura saja.
Aku berlakon saja.

Semua ini kepuraan aku pada kamu.
Hakikatnya, aku masih meratapi cinta aku pergi.

Tuesday, March 9, 2010

Aku...~

Aku lapar; tidak bernafsu.
Aku sakit; tidak berasa.
Aku bingit; tidak mendengar.
Aku.... Aku segalanya punya rasa; tidak berperasaan.

Kala ini; kebelakangan ini;
Aku keliru dengan aku.
Dengan cinta aku.
Dengan hati aku.
Dengan aku.

Betapa aku laungkan cinta aku hanya satu,
Betapa aku pendamkan bahwa aku suka yang lain.
Bagaimana?

Gadis ini...; keduanya hanya mengenal nama.
Keduanya tidak mahu tahu lagi.
Tentang mereka.

Aku tahu aku mahu siapa;
Tetapi takdir yang kabur,
Masa lalu yang telah terkubur; menakutkan aku.